~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Apr-2010 12:05 Email | Share | Bookmark
sate ayam

 
 
 
sate...sate....
keh...keh....besor gedabak sate aku ni haaa....
mkn 3 cucuk dh kenyang..
esok nk blk kg...ayam ada 2-3 ketui dlm peti ais, harus dihabiskan...
kacang tanah pun ada dh lama beli...so, jd la sate ayam!!
google2 resepi jumpa la resepi yg lengkap..
alkisahnya...aku bakar lam oven je...yo la mana la nk leh bakar arang dok epatmen ni
pastu tunggu punya tunggu, x mo garing2 lak...
so, aku kuarkan dr oven, en garpil lak ambik alih bakar atas dapur gas..huhuhuhuhu
lidi sate tu hasil simpanan dari sate2 kajang...huuuu...bila mkn sate, lidi tu aku simpan konon nk wat sate la...tp berabad gak la dok dlm laci, baru menjadi...
jom layan...tp gambor je la...satenya dh abis!!!







resepinya aku copy terus dr sumber mesra.net..
tp pandai2 la agak bahan sbb byk tu- utk 150 cucuk


Quote:
Bahan-Bahan:
Untuk 140-150 cucuk sate

•2 kilo dada ayam
•1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak
Bahan untuk memerap(disatukan dan dikisar)

•10 ulas bawang merah
•1 ulas bawang besar
•6 ulas bawang putih
•4 batang serai
•5 inci halia
•2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar
•1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar
•1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus.
Bahan perasa

•5 sudu makan serbuk kunyit
•2 sudu makan madu.
•500 grm gula pasir
Cara:

•Isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya.
•Satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa. Gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman.
•Cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate.
•Siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan.

KUAH KACANG

Part Bumbu cili.(sambal cili)

•2 gengam cili kering
•6 ulas bawang merah
•4 ulas bawang putih
•2 batang serai
•1 cawan air
•sedikit asam air asam jawa
•minyak menumis
Part Kuah Kacang

•1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak.ditumbuk halus
•8 ulas bawang merah.
•5 ulas bawang putih
•3 inchi halia
•2 batang serai
•1 sudu makan jintan manis dikisar halus
•1 sudu makan jintan putih dikisar halus
•1 sudu makan udang kering ditumbuk
•1 cawan santan cair
•1 cawan air asam jawa.
•minyak menumis
•garam dan gula
Cara:

Part bumbu cili.

•Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.
•Pijarkan minyak goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. warna cili akan keperangan. Masukkan air asam jawa. Setelah masak simpan bumbu cili semalaman. Cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya
Part kuah kacang

•Mesin bawang merah, bawang putih, halia, serai, jintan manis, jintan putih dan udang kering. Goreng bahan ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.
•Masukkan 1/3 bumbu cili dan kacang tanah. Masak hingga kacang sebati. Tambahkan cili jika ingin pedas.
•Masukkan santan dan air asam jawa. Dan perasakan dengan garam dan gula.
Cadangan Hidangan:

•Hidangkan kuah kacang ini dengan sate dan lebihan bumbu cili. Jika ingin pedas lagi campurkan bumbu cili.
Tambahan:

•Resepi ini diperolehi dari seorang peniaga sate yang terkenal di Kuala Lumpur.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net