~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Dec-2009 01:01 Email | Share | Bookmark
projek minggu lepas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
salam...
dh lama rasanya x bersiaran...harap2 line ok mlm ni..

menu yg biasa aku lihat aje..nasi ayam penyet..
wat 2 3 hari lepas utk clearkan stok ayam kt umah
tgk kat umah kekawan fp, ramai dah dok cuba
kali ni baru aku rasa nk mencuba
ada kelainan skit pada rasa ayam
nasinya sama je mcm nasi ayam biasa
sup pun sama je
tp aku paling suka rasa cilinya...
aku perah 1 biji limau kasturi bg rasa masam2 skit
kat bwh ni aku sertakan resepi ayam penyet yg aku dpt dr internet
sama je mcm yg kekawan buat
tp nasinya aku wat mcm nasi ayam biasa tu...





Quote:
Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – (aku guna yg serbuk)
½ sudu besar Jintan Putih – (aku guna yg serbuk)
3 sudu besar Biji Ketumbar –(aku guna yg serbuk)
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-(aku wat separuh je...byk sgt)

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis- yg ni aku lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa- aku kurangkan, x mo manis sgt
2 biji liamu kasturi ambik jus- aku guna 1 biji je sbb wat separuh

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng- aku x letak pun

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


yg ni lak, sotong bakar bercili
menu cincai je ni...
sotong lumur ngan sambal, pastu bakar
mkn ngan air asam
cuma air asam ni aku guna cili kering mcm mama selalu wat
so, sape2 yg tingin nk wat, leh la wat ikut craa tersendiri
guna je sambal yg x abis dlm peti ais tu..
sape2 yg nk ikut cara aku tu, leh aje..
tp ikut aku nyer taste la..x tau la org lain leh terima tak




Quote:
resepi sotong bakar bercili

3 ekor sotong besar- bersihkan, buang selaput luar, jgn buang tulangnya, nk mkn baru buang- gaul ngan kunyit dan sambal

resepi sambal cara aku:

segenggam cili kering- kisar
sedikit halia-tumbuk
4 ulas bwg putih- tumbuk
2 sudu air limau nipis- kurang atau lebihkan ikut citarasa sendiri
2 sudu sos tiram

cara;
tumis bwg putih dan halia, masukkan cili kisar..
kalau perlu, tambahkan air skit je...
biar sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, garam dan air limau nipis
biarkan kering, angkat dan lumurkan pada sotong

patutnya, serai tu leh tumbuk sekali, tp aku terlupa
so, aku sumbat je btg serai tu dlm perut sotong, n bakar sekali
ok gak cam ni..serai tu ketuk2 dulu

bakar sotong selama 15-20 mnt atau nampak sambal pada sotong dh tukar kaler..




ni air asam cara mama aku
bila tanya mama nama air asam ni, dia kata 'air asam la...nama2 apa lak.''
huhuhuhu...so, aku bg nama 'air asam warisan'
sbb diwarisi dari mama..

Quote:
resepi air asam warisan

4-5 bj cili kering- basuh dan goreng dlm kuali tanpa minyak sampai garing (sampai leh pecah2kan ngan jari)
sedikit belacan
1/4cawan air asam jawa
1 biji bwg besar-hiris
1 biji tomato-hiris

cara:

masukkan cili yg telah digoreng dlm mangkuk
masuk air asam dan belacan
patah2 kan cili ngan jari atau sudu
(best lg guna jari kan!)
cili kering tu jd rangup bila goreng, so, senang nk hancurkan
pastu masuk bahan2 lain..
tambah garam dan serbuk perasa kalau suka




ni produk terbaru dari dapurku
huhuhuhu...
coklat cup kek kukus
mai..mai sape nak rasa
masih
harga promosi...

20pcs@RM25 (belian minimum 20 pcs)






ok lah...sape2 nk mencuba, sila la cuba...
orait...ca cin cau..!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net