~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Aug-2009 01:07 Email | Share | Bookmark
entry di ambang puasa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
salam...dah lama rasanya x update fp ni
bdn x berapa sihat
so, dok layan tdo je la
masak pun jarang2 dh skang ni
kalo kt umah, lapor je, aku bedal je buah
huhuhuhu...

tp wbpun, ari khamis ari tu, aku gagahkan diri gak gi klinik kesihatan putrajaya
selama ni asyik melawat klinik swasta je
mcm x puas ati lak
tp aku gi klinik bukan sbb megren, tp sbb batuk aku yg x de kesudahan ni
dh hampir 3 bulan
lamakan!
doc pun dgr cuak je aku kata 3 bulan, dia wat x ray..2 kali gak dia ulang tayang
tp konpem x de apa2 masalah berkaitan peparu
so, doc wat kesimpulan, aku mungkin ada alahan
aku lak, mcm sependapat ngan ida, mungkin sbb toksin...
so, khamis n jumaat tu, aku berehat la kt umah..demam pun ada skit...

ats saranan ida ==>> http://marlida.fotopages.com/ ..aku dh mula
wat detox ngan buah2
wpun x berapa nk jaya...tp aku dh cuba
ari ahd lepas, seharian makan buah, minum jus je
thanx ida..kalo ida x tegur ari tu, sampai skang aku masih terleka ngan ubat2...
huhuhu
ingat nk teruskan utk 3 hari, tp semalam dh x tahan...mkn gak la nasik...
kena gak ikut ketahanan bdn sendiri kan...
harap2..pas ni boleh buat lagi...

yg kat bwh ni, ada antaranya menu minggu lepas, n ada gak menu ari minggu...
kita scroll down je la ye...



ni nama dia kek keju pandan...(sbb aku letak paste pandan tu terlebih, bau dia pun cam terlebih sudah)
resepi aku copy dr kak hanaz lagi...huhuhuhu...
kek keju perisa pandan, atau kek pandan perisa keju.. hentam je la..yg penting, ada rasa keju, n ada bau harum pandan



resepi kek keju pandan (copy dr kak hanaz..ampun ek kak...huhuhu)


Quote:
SLICE CHEESE CAKE PANDAN


Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese (tambah beberapa keping lagi utk rasa lebih cheese)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
2 sudu teh esen pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara

1-- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar

2-- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3-- masukkan butter dan kacau hingga larut, masukkan esen pandan dan pewarna hijau. tutup api dan sejukkan sebentar.

4--asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi,

5-- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

6--akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

7-- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya






buah epal n keret ni aku potong2 nk wat jus
tp pas jd jus, aku dh lupa ingatan, terus je minum x sempat ambik pic
huuhuhu....



ni menu ari sabtu..n aku panaskan bw hingga ke ari ahad, sbb ahad tu aku mmg x masak apa...tgh 'posa buah'...heheheheh
ekekekek...encik garpil blk, siap qry lagi..''kari semalam?''
huhuhuhu...aku pun dgn sukacitanya, goreng telo, wat sayur
panaskan kari tu...
sib baik dia makan je...huhuhuhu
x susah jaga makan encik garpil tu...ada telo ngan kicap pun dh ok...

Quote:
resepi kari daging

½ kg daging
1 senduk minyak masak
1 labu bawang – tumbuk
3 ulas bwg putih- tumbuk

bahan tumis

3 ulas bawang putih – hiris
2 biji bwg merah- hiris
2 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
2 tangkai daun kari

sebungkus kecil rempah kari daging (aku campur 1/2 bungkus rempah babas + 1/2 bungkus rempah cap O)- campur air skit, masukkan bahan tumbuk td, jdkan pes
1/2 cwn santan- aku guna yg kotak je
1 cawan air/ santan cair- aku guna air je sbb x suka santan byk sgt
2 biji ubi kentang besar- belah 4
2 biji cili merah
1 biji tomato


Cara-cara

1. hiris daging nipis2
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
5. Tuangkan sedikit air ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
7. Masukkan pula santan cair/ air, cili merah dan tomato dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk dan tomato hancur.
8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.




sayur campur



sandwich pg td..kenyang gila mkn ni...



Quote:
sandwich scrambled egg

3 keping roti gandum penuh
2 biji telur
1 sudu mentega
2 sudu susu cair
1 sudu mayonis
1 biji tomato- hiris bulat2 n nipis2
2-3 helai daun salad
1 kpg keju- optional
sedikit garam

cara;

panaskan mentega
masukkan susu dan sedikit garam kedalam telur- pukul2 skit
goreng n hancur2 kan
angkat dan masukkan dlm mangkuk + mayonis..kacau2 skit- ketepikan
sapukan roti ngan mentega skit
ambik telur td, bahagi 2...separuh letak atas roti
lapiskan ngan tomato dan salad
letak keju
tutup ngan sekeping roti..
masukkan telur selbihnya atas roti td..letak lg tomato n salad
tutup lg ngan roti
tekan skit biar semua menyatu
potong roti pada 2 bahagian..




ekekekekek...ni bendera yg berkibar di balkoni rumahku
2 3 hari lepas, mcm nk pecah umah aku kena ketuk
rupanya org dtg bg bendera soh gantung kat balkoni....
(aku x pasti sape org tu, org BPH atau ajk blok sbb aku x pernah bergaul mesra ngan org situ...huhuhuhu..tp dia siap tick nama aku dlm list tu)
blknya, encik garpil pun ambik kayu mop, ikat bendera tu
(mopnya dh x de, aku dh buang sbb buruk, tinggal kayu je...)







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net