~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Jun-2009 07:35 Email | Share | Bookmark
entry terkumpul...

 
 
 


assalammualaikum w.b.t n salam sejahtera
ekekekekke....jumpa lagik!!!!
dh byk ari gak x update FP...
hari2 bukak, tp x sempat nk wat apa2...
td baru je abis name tag kan pic aku...so, leh la aku mula upload skang...
huhuhuhuhu....

yg kat bwh ni pic ari jumaat..x masak, singgah pasar tani je...
so..layan...



laksa utara and cucur durian (yg ni pun nk beli ke, betul2 punya malas nih... )



ni nasi ayam encik garpil. x sedap katanya. (wahai encik garpil, adakah sedap lagi nasi ayam buatan ku..huhuhuhu )



air jagung aku n air milo encik garpil. pas minum air jagung tu, batuk aku menjadi2..padan muka! sape suruh gatai minum ais...



durian encik garpil n manggis aku. tp manggis ni x best la..isinya ada yg x masak, ada yg terlebih ranum. atau apakah aku yg x pandai pilih???






kek carrot ni projek minggu lepas punya...



resepi kek carrot

BAHAN²:

4 biji telur (asingkan kuning & putih)
1 1/2 cawan minyak jagung
250 g gula
1 1/2 carrot - parut
1 cawan kekacang- bakar dulu dlm oven.. (kiter x boh pun )

250g tpg gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
1 sudu teh soda
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kite x boh)

CARA²:
1. pukul kuning telur, masukkan minyak, gula, carrot, kacang
2. setelah semua sebati masukkan tepung
3. akhir sekali masukkan putih telur yg dipukul hingga kembang
(putih telur ni kena pukul sampai jd berketul..yg ni part yg penting..masa masukkan dlm adunan, jgn terlebih kaup..kaup ala kadar guna senduk kayu yg penting jgn terlebih pukul...)









akhirnya menjadi gak projek pizza aku ni
ok la..nampak la mcm pizza kan...
resepi nya aku guna yg mcm kat bwh, n ada la terkurang terlebih skit2 mana2 yg ada n x de...asal resepi ni roti dia bakar bersama bhn topping tp bila kite wat mcm x berapa masak kat dlm, so, kite cuba wat lg, bakar dulu sblm letak topping, pastu bakar lg...menjadik!!



Quote:
Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping :

Udang, Sosej, Lala, Sotong, Sos Pizza, Capsicum, Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar. Bakar selama 10 mnt kemudia kuar kan.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 160c kira-kira 15 minit.(suhu ni bergantung pd oven memasing lah ye...)

kat bwh ni cara wat sos pizza kalau x de yg dh siap..

Sos Pizza

1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat (kite letak sos cili skit)




ok..ni fasa terakhir utk ari ni..heheheheh




nasi goreng tu tghari semalam punya...encik garpil x de, so, masak sempoi je la tuk diri sendiri. tp mlmnya pun sempoi gak, tomyam campur ngan telo dadar je...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net