~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 24-Apr-2009 06:18 Email | Share | Bookmark
puding oh puding...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
semalam blk je umah terus wat jejemput ikan bilis
huuu...lapar giler
pastu landing2 sambil tgk citer matahari..
huh!!! makin menjadi2 gak si adriana tu
ekekekek...jahat poyo gak dia..
tp...aku suka lak tgk watak nakal dia kali ni...
ekekekekeke...(wpun aku baik... )

pas abih citer tu, baru gi mandi..
pastu mula mikir nk wat projek utk ''pot luck'' gotong royong ari ni
dlm pala hotak aku, dh set nak wat puding je
tp tingat lak ada sebungkus makaroni..erm..rasa cam nk goreng..
tp x de bahan2 ape
kalau nk makan sendiri leh la goreng bodo je..
last2 wat je puding
nk bg nampak cam aku rajin sket, aku buat la 2 jenis
ekekekekekek...






jemput2 ni taruh ikan bilis, bawang, cili kisar, ngan kentang potong dadu...







ni masak taucu, kegemaran encik garpil...wat sekor je tuk dia







letak sudu kat bawah sbb nk sengetkan bekas tu tuk dptkan lapisan yg cantik...tp..huhuhu...x cantik punn!!!




ni dah siap dilapiskan
tunggu nk keras..



ni pun sama, tunggu nk keras



yg dh potong



resepi puding pelangi

* 10g serbuk agar2
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga ratadan adunan agak pekat. Then pastu tutup api.
4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

resepi: myresipi (alma)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net