~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Mar-2009 02:10 Email | Share | Bookmark
Rooftop Rant- Hlovate

 
 
rooftop rant
-bicara bumbung

dari penulis Hlovate- salah seoarng penulis kegemaran aku selain RAM
kalau RAM penulisannya agak berat, tp Hlovate- agak santai..

membaca rooftop rant akan membawa kita meneroka satu tempat- rooftop
atas bumbung sebuah bangunan yg dlm kepala otak aku, membayangkan tempat yg agak usang namun menenangkan...

di rooftop itu, ada 2 manusia yg berbeza latar tp mencari sesuatu yg sama- kedamaian

jade- lelaki yg minat pada komik, sering mencari ilham di situ tanpa mempedulikan hal lain..

trisy- seorg gadia tomboy- sering ponteng tuisyen dan lepak kat rooftop

masing2 menyedari kewujudan antara mereka di situ namun tetap membawa haluan sendiri

hinggalah pd satu insiden, yg seakan mengeratkan hubungan mereka
dan..selepas itu terjadi pula perpisahan yg mengubah seluruh kehidupan mereka

bacalah...korang pasti enjoy
sama ngan novel Hlovate yg lain...tak terlalu jiwang..santai...berlandaskan islam.. dan yg penting gaya bahasa yang best..

sinopsis belakang buku:

Begitu berbeza dengan novel sebelum ini tetapi tetap sama. Menceritakan kisah persahabatan yang tidak di duga, 2 manusia yg mempunyai masalah yang hampir sama, tapi berbeza. Mereka bersama-sama bercerita, seorang aysik dengan lukisannya, mengejar cita-cita, seorang lagi tanpa cita- cita ,di atas bumbung, mereka bercerita, menjerit, menangis dan ketawa.. dan kisah mereka dilukis.

Jade, seorng budak yg tersepit, apabila selalu diukur dan dibanding dengan adik-beradiknya yang masing- masing mempunyai sejarah yang hebat dalam pelajaran, tetapi dia di beri Tuhan dengan kelebihan yang lain.

Trisy, seorang yang lahir dalam keadaan yang begitu kaya, tetapi kurang perhatian, cuba memberontak untuk mendapatkan secebis kasih sayang daripada keluarga.

Mereka bertemu di atas bumbung itu, dan…kisah mereka, mereka..

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang… bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas






lain2 novel Hlovate
semua best..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net