~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Mar-2009 01:47 Email | Share | Bookmark
novel mikhail- RAM

 
bila kuar je novel RAM yg terbaru kat pasaran, terkinja2 je aku nk gi MPH
selagi x pegi x senang duduk di buatnya
ekekekekek...mcm kera kena belacan daa....

huhuhuhuhu...dpt je tangkap satu, aku terus blk...
ni baru je mula baca
lom sampai separuh...
dr muka surat pertama lg dh di ceritakan watak utama- MIKHAIL adalah seorang pembunuh upahan...upahan ke, x gak..sbb dia membunuh atas dasar dendam pada kematian seluruh ahli keluarganya...

mcm biasa...novel RAM penuh suspen...

sinopsis belakang buku:

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net