~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Mar-2009 01:21 Email | Share | Bookmark
kek buah kukus

 
dh lama terpikir nk wat kek ni
buah2 campur pun ada..
ikut resepi yg aku dpt..aku separuhkan bahan2...
sbb baru nk cuba kan...
hasilnya...ok la...tp aku x kukus sampai 2 jam
1 1/2 jam je
x sabar doh...
huhuhuhuhu


Bahan:
200 gm butter
150 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan ( gula hangus)
200 gm buah campur

Cara:
1. panaskan kukusan.

2. Butter dan gula dipukul sampai kembang.

3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.

4. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
( ambil 1 sudu tepung gandum, gaul2 kan dengan buah campur sblm dimasukkan ke dalam adunan. ini bg mengelakkan buah2 tersebut jatuh ke bawah semasa di kukus)

5. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.

6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.

7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net