~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Mar-2009 01:39 Email | Share | Bookmark
penkek kentang

 
 
 
 
 
semalam try2 wat penkek kentang ni. lepas edit2 skit resepi asal, maka terhasillah penkek yg berkhasiat utk kanak2. tp...aku ni bukan lg katogeri kanak2...remaja pun dh lama berlalu..
tp leh la wat minum2 petang. aduanan ni leh dpt lebih kurang 5-6 biji gak la. so, separuh dr adunan aku simpan dlm peti ais, pg td buat lg tuk bw bekal ke opis...
tp sedap kalau mkn panas2, rasa muak skit bila dh sejuk, sbb adunan ni guna mentega, goreng pun pakai mentega..
apepun, rasanya ok la...x la aku kata sedap banget, tp x la terlalu teruk...

bahan2:

* 3 biji kentang
* 1/2 gelas susu cair/ susu segar
* 2 sudu mentega
* 1 biji telur
* 1/2 cwn tepung gandum



cara2:

1. rebus kentang selama 10 mnt dengan api sederhana kemudian parutkan.

2. masukkan susu ke dalam periuk, masakkan atas api yg kecil. bila dh mendidih, masukkan mentega. biarkan mentega cair seluruhnya, diikuti dengan kentang yg diparut td. masak hingga adunan benar2 kental


3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. jangan terlalu keras. agak2 boleh dibentuk. kemudian bentukkan bulat2 dan leperkan. sapukan tepung pd tgn utk elak adunan melekat2. kemudian salutkan pada telur yang telah dipukul.



4. panaskan kuali dengan sedikit mentega. Goreng penkek hingga garing



5. paipkan dengan mayonis atau sos pilihan.





sedap minum ngan jus lobak merah


aku mkn 2 biji, dengan segelas besar jus lobak merah, kenyang sampai pagi...ekekekek


jus lobak merah


1 btg lobak merah, buang kulit- potong kecik2
2 sudu susu pekat manis / 3 sudu susu tepung + 1 sudu gula
1 gelas air masak

cara:

masuk semua bahan dlm belnder, kisar sampai halu kemudian tapis
masukkan ais kiub kalau suka



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net