~sepanjang jalan kenangan, dari jejak langkah pertama~

By: de nuanza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 13-Jan-2010 06:55 Email | Share | | Bookmark
sekadar selingan

aku letak kat sini utk rujukan aku sendiri
dh 2 minggu lebih aku ikut diet cara ni
nampak dh turun 2 kg



Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.
Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

[color=red]Semasa 2 Minggu Induction:- yg ni aku x ikut sgt- aku masih mkn roti gandum penuh n buah setiap hari- yg lain2, mmg aku x mkn


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAGNE, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

cuba diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya
sbb aku dh rasa
berdiet x semestinya x mkn
ayam, ikan, sayur, daging, semua aku belasah je


Monday, 4-Jan-2010 04:11 Email | Share | | Bookmark
cerita hari minggu

 
 
 
View all 9 photos...
salam tahun baru....
dh pun 4 hari di tahun baru....
ari ni opis masih lengang..masih ramai yg bercuti
aku pun nk ikutkan x puas ngan 3 hari cuti
ekekekekek...tp dtg gak la...
cuti dok umah pun x de apa nk wat..sorang2 gak
tp semalam en garpil pun cuti..jarang2 kitorang dpt bercuti sama2
selalu dia cuti aku keje, aku cuti dia lak keje...
tp x kemana pun semalam
naik bus gi almanada..ekekekek
en garpil kan jarang naik bus..sesekali naik, teruja lak dia
cam aku ni dh jemu hari2 tunggu bus..naik bus...

dh puas jln2 alamanda..cam biasa..port tempat mkn...
huuuu...nyaris2 dietku terbinasa...
puas tawaf 1 food court alamanda...akhirnya dpt la 1 menu yg sesuai utk aku...
uhuuuu..best..best...jom tgk...



tu diaa...ingat ape la td yer...
grilled fish n ada whiped potato n mix vege...
grilled fish tu di curah ngan sos lada hitam
rasa boleh tahan...
tp x berapa la nk kenyang
so, aku cuba sedaya upaya menghabiskan 1 gelas besar air tembikai...ekekekek...
encik garpil lak, mcm biasa kalau gi sini mesti order nasi ayam...dh jd feveret menu dia kat sini....gambar aku x snap lak...

masa kat k4, en garpil beli udang
so, bila dh sampai umah, dh ptg tu, dia sungut pasal cucur udang lak..
uhuuuu...dh siap bancuh2 tepung, dia kata dia nk goreng...
aikkk???
aku biarkan je...
eheheheh..tgk2...dia wat cucur udang style pasar mlm..
TAPI!! dpt la 2 biji...dia ngalah...so aku la yg kena sambung goreng
aku jemput2 je...sonang keje....
tgk la pic kat bawah...ada 2 je cucur besar senduk..ekekek
aku wat sekali ngan pencicah kicap + cili api + bwg putih + sedikit gula
aku cuba juga sedaya upaya meng'kontrol' jumlah cucur yg masuk ke dalam perut
akhirnya, cukup 5 ketul (yg kecik2 tu) aku STOP!



erm...ni lak sblh mlm nyer menu...en garpil ajak gi pasar mlm puchong
aku cam biasa...cari laksa...en garpil lak pilih yong tau fu...
pastu beli gak 2 3 jenis buah utk bekalan seminggu...uhuuuu...



disamping tu...ada gak la menu2 yg aku masak...
tp menu org berdiet la...heheheh...





kedua2 menu kat atas di makan TANPA NASI...
dan ari ni, aku dh berjaya tolak nasi genap SEMINGGU
sukernya ati...

ni la menu bfast aku..di selang seli ngan oat



kalau dh berdiet..x kan lengkap tanpa jus kan
tp kali ni, aku nk letak jus yg aku x penah sentuh sblm ni
biasa keret, epal, oren je
kali ni tambah lagi ngan jus tomato n timun

jus tomato tu...memula cam susah skit nk terima...
tp dh cuba 2 3 kali...skang dh ok
jus timun lak, aku tambah 2 sudu gula..
rasa dia cam air tembikai lak..cuma kaler je ijau...not bad!



ok la...tamat kat sini dulu cerita hari minggu aku yg x seberapa
tp sbb dh ambik pic..nk gak la aku masukkan...
uhuhuhuhu...ok...salam!


Tuesday, 29-Dec-2009 02:18 Email | Share | | Bookmark
selamat tahun baru...

 
 
 
View all 7 photos...
salam...

mungkin ni entry terakhir utk tahun 2009
x byk yg nk masuk sbb 2 3 hari ni dh jaraaaaang sgt memasak...
kalau masak pun sekadar sup2..konon nk diet ni..
x tau la sampai mana leh jalan..heheheh
tp ari ni nk masuk gak la saki baki pic yg tinggal..utk menutup tahun 2009...
moga2 tahun 2010 aku makin rajin ke dapurr...tp kalau asyik ke dapur, camana nk diet...

semalam wat kek pisang...
dh pernah wat sblm ni tp x snap pic
sama je mcm resepi kek pisang sblm ni cuma tambah parutan coklat





Quote:
resepi kek pisang bercoklat

4 biji pisang- dilenyek
3 biji telur
3/4 cawan gula
2 cawan tepung
3/4 cawan minyak jagung / masak
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bokarbonat
1/4 cawan susu cair / yogurt (aku guna susu cair)
1/2 cawan coklat masakan- diparut (yg ni agak2 je la byk mana nak..leh gak guna coklat rice)

cara:

-pukul telur + gula sampai kembang dan memutih
-masukkan minyak- sebatikan
-pastu masukkan pisang yg telah dilenyek bersama susu cair
-gaul sebati -masukkan tepung yg telah diayak ngan baking powder dan soda
-kemudian masukkan coklat parut
-bakar pada suhu 160-180 darjah selama 45 mnt-1 jam


nasi tomato n ayam masak merah..



Quote:
resepi nasi tomato

Bahan-Bahan:
3 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato - cincang
1/2 cawan tomato soap (dijual dlm tin mcm tomato puree)
1 s/b majerin /minyak sapi
2 s/mb minyak
Garam secukup rasa (lebih kurang 1 sudu teh)
Air (ikut sukatan beras dalam 3cawan gak)
1/2 batang carrot- parut- ni saje aku nk letak

bahan tumis
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. pastu masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan dan carrot- biarkan masak.
4. hidang dgn ayam masak merah dan acar timun (dlm gambar x de acar timun)


ni lak resepi ayam masak merah yg aku selalu guna
aku suka mkn ayam masak merah yg kt umah kenduri
so, bila ada kenduri arwah kt umah aku, aku mmg jd tukang tgk org masak
ekekekkeke...
so..lebih kurang cam ni la resepinya
dlm resepi ni aku boh buah keras (sbb tgk mak cik yg masak tu boh)
aku tanya mak cik tu apa fungsinya..dia ckp utk lemakkan sambal tu
erm...pastu masuk lak susu cair...bertambah2 le lemak
tp kalau masak dgn betul, bg semua cukup masak, rasanya mmg dh lebih kurang ngan ayam masak merah umah kenduri
best lagi kalau dpt tabur kcg peas..heheheh
pastu serai tu leh je kalau nk kisar sekali, tp aku lebih suka ketuk2 je n tumis sekali
x mo berat sgt rasa dia...

Quote:
resepi ayam masak merah / masak tomato

1/2 ekor ayam
1 senduk cili kisar
1/4 cawan susu cair

bahan tumis:

1 biji bwg besar-hiris bulat
2 ulas bwg putih-hiris
2 btg serai- ketuk2 skit
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

bahan kisar:

2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
2 biji tomato masak
4 biji buah keras- direndam sebentar dan dihiris dahulu- optional-
sedikit halia

cara:

- goreng ayam dan ketepikan
- guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan2 tumis, kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan cili bersama semua bahan kisar. kecikkan api, biar hingga mendidih atau pecah minyak...masukkan air asam jawa. biar sebentar
- masukkan susu , biar sedikit kering masukkan ayam
-perasakan dengan gula dan garam
- biarkan sebentar sblm angkat
(boleh tabur ngan kacang peas kalau suka)


ayam masak kurma ni pun sedap gak kalau mkn ngan nasi tomato atau nasi minyak
tp aku mkn ngan nasi putih je..huhuhuh
resepi lak, aku guna kak liza punya resepi
lebih kurang sama je kan mana2 rsepi..
tp aku pilih yg mudah je lah...
ada gak jumpa yg kena kisar sendiri jintan manis, j putih, ketumbar...bla...bla...bla...
huuu...x kuasa aku
baik beli rempah kurma adabi tu je...



Quote:
KURMA AYAM- resepi kak hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.


kerabu perut ni mama yg buat masa blk kg ari tu
sempat gak la aku snap pic...
resepi lak, aku main agak2 je la
sbb bukan aku yg buat, mama yg buat...



Quote:
resepi kerabu perut

perut- dlm sekeping besar 2 telapak tgn- rebus empuk dan hiris
tauge- dlm 30 sen- celur
3-4 biji cili kering + 2 biji bwg merah + belacan- kisar
kerisik- sepeket yg kecik tu
4 sudu beras- goreng tanpa minyak dan kisar halus- guna pengisar kering
2 biji bwg besar- hiris
1 biji cili merah- hiris
air asam jawa, garam, perasa

cara:

campur semua bahan
perasakan dgn air asam jawa dan garam

(aku tanya mama yg ijau2 tu apa, dia kata daun salom- ada skit je, mama campur je sekali)


ok la...ni je la utk ari ni dan tahun ni
moga dipanjangkan usia utk kita jumpa lg di tahun hadapan..
pasti lebih byk simpang ..kita tinggal nk pilih je lorong mana nk susur...
aku pun harap akan ada perubahan besar yg lebih baik utk thn 2010..
pastinya utk membahagiakan insan2 tersayang...
sejak 2 3 thn ni...terasa hidup x berubah tanpa azam..
terasa peningkatan thn tu berlalu dgn sia2
selamat tahun baru hijrah
selamat tahun baru 2010

salam



Sunday, 13-Dec-2009 01:01 Email | Share | | Bookmark
projek minggu lepas

 
 
 
View all 9 photos...
salam...
dh lama rasanya x bersiaran...harap2 line ok mlm ni..

menu yg biasa aku lihat aje..nasi ayam penyet..
wat 2 3 hari lepas utk clearkan stok ayam kt umah
tgk kat umah kekawan fp, ramai dah dok cuba
kali ni baru aku rasa nk mencuba
ada kelainan skit pada rasa ayam
nasinya sama je mcm nasi ayam biasa
sup pun sama je
tp aku paling suka rasa cilinya...
aku perah 1 biji limau kasturi bg rasa masam2 skit
kat bwh ni aku sertakan resepi ayam penyet yg aku dpt dr internet
sama je mcm yg kekawan buat
tp nasinya aku wat mcm nasi ayam biasa tu...





Quote:
Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – (aku guna yg serbuk)
½ sudu besar Jintan Putih – (aku guna yg serbuk)
3 sudu besar Biji Ketumbar –(aku guna yg serbuk)
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-(aku wat separuh je...byk sgt)

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis- yg ni aku lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa- aku kurangkan, x mo manis sgt
2 biji liamu kasturi ambik jus- aku guna 1 biji je sbb wat separuh

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng- aku x letak pun

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


yg ni lak, sotong bakar bercili
menu cincai je ni...
sotong lumur ngan sambal, pastu bakar
mkn ngan air asam
cuma air asam ni aku guna cili kering mcm mama selalu wat
so, sape2 yg tingin nk wat, leh la wat ikut craa tersendiri
guna je sambal yg x abis dlm peti ais tu..
sape2 yg nk ikut cara aku tu, leh aje..
tp ikut aku nyer taste la..x tau la org lain leh terima tak




Quote:
resepi sotong bakar bercili

3 ekor sotong besar- bersihkan, buang selaput luar, jgn buang tulangnya, nk mkn baru buang- gaul ngan kunyit dan sambal

resepi sambal cara aku:

segenggam cili kering- kisar
sedikit halia-tumbuk
4 ulas bwg putih- tumbuk
2 sudu air limau nipis- kurang atau lebihkan ikut citarasa sendiri
2 sudu sos tiram

cara;
tumis bwg putih dan halia, masukkan cili kisar..
kalau perlu, tambahkan air skit je...
biar sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, garam dan air limau nipis
biarkan kering, angkat dan lumurkan pada sotong

patutnya, serai tu leh tumbuk sekali, tp aku terlupa
so, aku sumbat je btg serai tu dlm perut sotong, n bakar sekali
ok gak cam ni..serai tu ketuk2 dulu

bakar sotong selama 15-20 mnt atau nampak sambal pada sotong dh tukar kaler..




ni air asam cara mama aku
bila tanya mama nama air asam ni, dia kata 'air asam la...nama2 apa lak.''
huhuhuhu...so, aku bg nama 'air asam warisan'
sbb diwarisi dari mama..

Quote:
resepi air asam warisan

4-5 bj cili kering- basuh dan goreng dlm kuali tanpa minyak sampai garing (sampai leh pecah2kan ngan jari)
sedikit belacan
1/4cawan air asam jawa
1 biji bwg besar-hiris
1 biji tomato-hiris

cara:

masukkan cili yg telah digoreng dlm mangkuk
masuk air asam dan belacan
patah2 kan cili ngan jari atau sudu
(best lg guna jari kan!)
cili kering tu jd rangup bila goreng, so, senang nk hancurkan
pastu masuk bahan2 lain..
tambah garam dan serbuk perasa kalau suka




ni produk terbaru dari dapurku
huhuhuhu...
coklat cup kek kukus
mai..mai sape nak rasa
masih
harga promosi...

20pcs@RM25 (belian minimum 20 pcs)






ok lah...sape2 nk mencuba, sila la cuba...
orait...ca cin cau..!



Monday, 7-Dec-2009 01:45 Email | Share | | Bookmark
jalan2 cari makan @ putrajaya

 
 
 
View all 25 photos...


salam
biasanya aku letak entry apa yg aku masak, tp kali ni aku nk letak apa yg org lain masak
huhuhuhu..maknanya menu2 yg aku mkn kat kedai le tu...
bukan nya sepanjang waktu aku masak je kan
ada gak hari yg aku malas masak, so merayap la...
tp x de la byk...kekadang laju je mkn, bukan ingat nk snap pun..
so, sesapa yg dtg pjaya, leh la cari2 menu mana yg berkenan d hati yek..ekekek

ok lah..terus pd entry
(menu2 ni bukan la sekali order je..byk tu...
tp menu terkumpul, tiap kali gi, ambik pic..pastu kumpul sekali harung
aku rasa, pas ni tokey kedai tu leh la berhubung ngan aku kalau nk wat buku menu bergambar..ekekekekekek)




ni antara menu2 kat sri teja..tempat yg paling kerap aku ngan en garpil gi..
nasi goreng ikan masin yg best, mee rebus (pun leh tahan la), k teow kung fu (biasa je), chicken chop, beef steak (yg ni ok gak)









yg ni lak kat lanai presint 10
tempat yg agak sunyi dan tenang..
bihun tomyam (best), bihun sup (ok gak, leh layan), daging masak lada hitam (BEST!), mee goreng mamak (TIADA TANDINGAN)
nasi goreng daging merah pun best











ni antara pemandangan kat lanai







next..kat RASA foodcourt alamanda
yee mee tomyam ngan nasi ayam yg best!







restoran NOODLES alamanda
ice lemon tea, hot lemon tea, chicken chop dan mee apa ntah yg kak lis mkn...mee tu cam megi, ada sayur2 n wantan kat atas..makan ngan sup









opss!! ni pun kategori makanan gak kan
kepok warna warni kat pasar chow kit..
suka sgt tgk..






x tau le pulak en garpil beli nasik lemak bungkus ni kat mana
tp sedap!






eh..eh..ada selingan..ekekekek..menu ni aku masak minggu lepas...
menu ulangan yg berkali2..
cuma 1 tu je resepi baru..
pucuk paku masak lemak tempoyak campur ngan petai
lagi sedap kalau guna pucuk ubi kayu, tp x de, aku guna je pucuk paku
pastu wat laksa..dok ulang tu je la dua hari berturut2









Quote:
resepi pucuk paku masak tempoyak petai (fuhhh..camana nk ringkaskan ni)

1 ikat pucuk paku / pucuk ubi kayu (kalau guna pucuk ubi, rebus dulu)- hiris halus
1 papan petai, ambik biji
1/2 cawan santan pekat
1 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit- hiris halus
1 ulas bwg merah _ 1 ulas bwg putih- mayang
1 inci kunyit hidup- tumbuk halus / 1 sudu serbuk kunyit
4-5 biji cili api- tumbuk

cara:

campur semua bahan dlm periuk
kacau hingga pekat
tambahkan garam




ok lah...tutup tirai le dulu...
bertemu di lain episod..ekekekek..




[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net